icon-search
icon-search
  • undang_pendidikan 9789670735375.jpg

Undang-Undang Pendidikan Di Malaysia

RM 90.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Undang-undang pendidikan memberi impak terhadap pelbagai lapisan masyarakat, sama ada para pelajar, ibu bapa, guru, pengetua dan guru besar sekolah, pihak pentadbir mahupun pembuat dasar. Ia merangkumi berbagai aspek perundangan seperti undang-undang tort, undang-undang kontrak, undang-undang amanah, undang-undang jenayah, prosedur sivil, undang-undang perlembagaan dan undang-undang pentadbiran. Ia juga amat praktikal, dan melibatkan senario dan isu-isu harian yang berlaku di sekolah-sekolah di seluruh negara.

Buku yang amat praktikal dan mudah dibaca ini dikarang oleh seorang penulis yang mempunyai latihan yang luas lagi mendalam dalam bidang pendidikan dan undang-undang. Buku ini telah disediakan berdasarkan pengalaman penulis yang luas dan berharga untuk menjawab segala isu-isu yang berbangkit. Rujukan kerap dibuat kepada kes-kes yang terpakai, undang-undang dan arahan-arahan daripada Kementerian Pendidikan. Bagi isu-isu baru yang belum lagi diselesaikan oleh sistem mahkamah di Malaysia, pengalaman daripada luar negara telah dibawa masuk untuk membantu perbincangan dan mengarah kepada cadangan penyelesaian selanjutnya terhadap isu tersebut.

Undang-Undang Pendidikan di Malaysia mempertimbangkan topik-topik seperti kewajipan berjaga-jaga dan kecuaian, penyeliaan dalam kelas dan semasa kegiatan luar kelas, hak undang-undang pelajar, disiplin murid-murid, hukuman korporal, pelesapan dana sekolah, pengurusan harta amanah di sekolah, kewajipan kontrak sekolah dan juga murid-murid, penilaian ganti rugi dan status guru-guru di sisi undang-undang.

Buku ini harus dibaca oleh guru-guru, pihak pentadbir sekolah, murid-murid, ibu bapa dan penasihat undang-undang mereka. Buku ini boleh digunakan sebagai rujukan tersedia di semua sekolah dan semua perpustakaan awam di Malaysia.
 

Bab 1 Pengenalan
Bab 2 Tanggungan Tort
Bab 3 Hak Undang-Undang Murid-Murid
Bab 4 Disiplin Murid-murid
Bab 5 Hak Undang-Undang Guru
Bab 6 Obligasi Kontrak
Bab 7 Kesalahan Jenayah
Bab 8 Tindakan Sivil Dalam Pendidikan
Bab 9 Amanah Khairat
Bab 10 Ganti rugi Untuk Kecederaan Peribadi
Bab 11 Undang -Undang Pentadbiran

Your Cart
Your cart is currently empty.
Continue browsing here.