• Undang_undang_media_di_Malaysia_SE.jpg
  • Undang Undang Media Di Malaysia.jpeg
  • PhotoRoom_20230901_122713
  • PhotoRoom_20230901_122749
1

Undang-Undang Media Di Malaysia

Regular price
RM 90.00
Sale price
RM 90.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ABA Bookstore
Worldwide shipping
Secure payments | ABA Bookstore
Secure payments
Authentic products | ABA Bookstore
Authentic products

CIRI-CIRI UTAMA:

  • Membincangkan statut-statut dan prinsip-prinsip undang-undang utama yang mengawal kebebasan bersuara dan media massa di Malaysia.
  • Membincangkan kes-kes utama yang mentafsir dan mengaplikasi perundangan-perundangan yang berkaitan dengan media massa.
  • Memberikan gambaran keseluruhan (overview) mengenai kawalan media massa dan kebebasan bersuara di Malaysia.
  • Menghuraikan peruntukan-peruntukan utama dalam instrumen-instrumen antarabangsa dan domestik mengenai kebebasan bersuara.
  • Menerangkan prinsip dan proses semakan kehakiman sebagai imbangan kepada kuasa kawalan media massa. 

Undang-undang Media di Malaysia merangkumi perbincangan tentang kebebasan bersuara dan media, terutamanya media massa, dan kawalan kebebasan media di Malaysia. Buku ini membincangkan isu-isu perundangan yang sering timbul dalam amalan kebebasan media, termasuk fitnah, hasutan, rahsia rasmi, percetakan dan penerbitan, penghinaan mahkamah, serta penapisan filem dan kelucahan, yang merangkumi aspek jenayah dan sivil.

 Terdapat juga perbincangan penggunaan media elektronik dari segi undang-undang, serta semakan kehakiman sebagai imbangan kepada sekatan kebebasan yang tidak wajar. Penulis-penulis menyertakan instrumen-instrumen perundangan antarabangsa dan domestik yang relevan dan kes-kes terbaru sebagai autoriti perbincangan dalam buku ini.

 Buku in pasti membawa faedah kepada pengamal undang-undang baru, pengamal media seperti wartawan, penulis dan penyunting sama ada dalam media bercetak atau elektronik, serta penuntut-penuntut program sarjana muda undang-undang, media massa dan sains politik.

Saw Tiong Guan (Dr) merupakan seorang Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya. Tiong Guan juga merupakan seorang peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, pakar bersekutu Centre for Media and Communications Law yang berpusat di Melbourne, dan editor-subjek Asian Journal of Comparative Law yang diterbitkan oleh Cambridge University Press. Antara buku-buku beliau yang pernah diterbitkan termasuklah Film Censorship in the Asia-Pacific Region (Routledge, UK) dan Casebook on Criminal Procedure in Malaysia (UM Press).

 

Lee Ting Han merupakan seorang peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Undang-undang dari University of Cambridge.

 

Lee Jia Chern ialah seorang pensyarah di Fakulti Undang-Undang, Universiti Multimedia. Jia Chern berkelulusan akademik dari Universiti Malaya, Malaysia dan Peking University, China. Selain daripada undang-undang media, bidang penyelidikan beliau termasuklah undang-undang awam dan undang-undang China. Jia Chern juga mempunyai kelayakan sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

 

Lee Min Lun atau lebih dikenali sebagai Marcus merupakan seorang peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Marcus juga pernah menjadi editor bagi Halsbury's Laws of Malaysia – Administrative Law dan Halsbury's Laws of Malaysia – Criminal Procedure. Marcus pernah berkhidmat sebagai penasihat undang-undang dan pegawai pendakwaan di Bank Negara Malaysia, serta penyelidik undang-undang kepada Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing pada tahun 2018. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya. 


KANDUNGAN

  • Bab 1: Pengenalan
  • Bab 2: Fitnah
  • Bab 3: Hasutan
  • Bab 4: Rahsia Rasmi
  • Bab 5: Percetakan dan Penerbitan
  • Bab 6: Penghinaan Mahkamah
  • Bab 7: Penapisan Filem
  • Bab 8: Kelucahan
  • Bab 9: Media Elektronik
  • Bab 10: Semakan Kehakiman