icon-search
icon-search
  • 9789834725501.png

Asas Kepemimpinan Dan Pembangunan Profesionalisme Guru, Edisi Kedua - Siri Pendidikan Guru

RM 38.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Siri Pendidikan Guru

Buku Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru ini dihasilkan berdasarkan Maklumat Kursus dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru merupakan komponen teras yang wajib dipelajari oleh semua siswa guru tahun akhir pengajian PISMP di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Oleh itu, buku ini merupakan rujukan penting untuk memenuhi hasil pembelajaran kursus yang bertumpu kepada etika profesionalisme guru, kualiti dan kepemimpinan guru serta pembangunan diri secara profesional. Buku ini mengandungi lapan bab yang membincangkan konsep mengajar sebagai satu profesion, dasar dan hala tuju pendidikan negara, perundangan berkaitan guru dan pendidikan, kualiti guru, peringkat perkembangan guru, pembangunan kemahiran profesionalisme guru, kepemimpinan guru dan guru sebagai agen perubahan. Setiap bab mengandungi latihan sumatif untuk tujuan pengukuhan kefahaman dan aplikasi dalam situasi sebenar. Selain menjadi rujukan pelajar PISMP, buku ini sesuai untuk kegunaan dan rujukan para pensyarah, guru-guru dalam perkhidmatan, pelajar di universiti dan institut pengajian tinggi yang lain serta mereka yang berminat dalam bidang kepemimpinan dan pembangunan profesional guru.

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.